CARI
Carian Lanjut
 
     
 
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
 
     
Antara Kuih-muih Tradisional Kedah
- Pengenalan
Pengenalan

Kuih-muih Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri, begitu pelbagai dari segi rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya.

Kuih-muih yang manis menggunakan gula, manisan daripada nipah, kelapa, tebu ataupun madu, manakala yang pedas pula menggunakan rempah-rempah. Kuih yang berbau wangi banyak menggunakan daun pandan atau air mawar. Daun pandan juga dapat memberi warna hijau yang diperlukan.

Di kalangan masyarakat Kedah, kuih-muih dan cucur mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya makanan. Daripada kuih-muih dan cucur utara ini dapat dilihat keperibadian masyarakat yang umumnya mengutamakan segala yang seni dan halus. Di samping itu, ketelitian, kesusahan dan kesungguhan diutamakan.

Pada masa kini, kuih-muih tradisional ini terdapat dengan banyaknya di Pekan Rabu, Alor Setar.

 
 
   
 
 
     
 
     
18 September 2014